26 Oktober 2016 - 16:53
Kumpulan Penganas Takfiri ISIS Bakar Ahli Mereka Hidup-Hidup Kerana Tinggalkan Medan Perang Di Mosul.

ISIS dilaporkan telah menggunakan kaedah-kaedah yang keji untuk menghukum ahlinya dalam rangka menghalang mereka daripada melarikan diri dari medan perang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Media-media Iraq melaporkan pada hari Selasa bahawa ISIS telah menghukum bunuh sembilan ahlinya dengan membakar mereka hidup-hidup selepas melarikan diri dari medan perang di Mosul.

Rangkaian berita al-Sumaria mengatakan, "ISIS telah membunuh sembilan ahlinya kerana melarikan diri dari medan perang di Mosul dengan mecampakkan mereka ke parit yang dipenuhi dengan minyak yang terbakar setelah mengikat tangan dan kaki mereka terlebih dahulu."

"ISIS pada asalnya menggunakan parit yang dipenuhi minyak terbakar itu untuk menutupi pandangan tentera Iraq," tambah stesen al-Sumaria.

ISIS dilaporkan telah menggunakan kaedah-kaedah yang keji untuk menghukum ahlinya dalam rangka menghalang mereka daripada melarikan diri dari medan perang.